//








Mesyuarat Agong KESUKEP ke 25 dan Hari Keluarga Jabatan Perikanan Negeri Perak 2013 di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor

Posted by kesukepperak In | 0 comments»

Mesyuarat Agong KESUKEP ke 25 dan Hari Keluarga Jabatan Perikanan Negeri Perak 2013 di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor yang akan diadakan pada 18 - 19 Mei 2013 ( Sabtu & Ahad)..... mari kita ramai ramai memeriahkannya.... jom...jom...jom


Kad Raya 2012

Posted by kesukepperak In | 1 comments»

Selamat hari raya AidilFitri buat semua warga Kesukep, khususnya dan warga Jabatan Perikanan Malaysia, amnya....

semoga hari raya tahun ini diraikan dengan kejayaan yang sangat-sangat diimpikan oleh semua warga muslim yang bertakwa... mudah-mudahan... aminnn...



Posted by kesukepperak In | 0 comments»
Taniah diucapkan daripada KESUKEP kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2011... mudah mudahan usaha anda diberkati dan berkekalan hendakNya


AJK 2012

Posted by kesukepperak In | 0 comments»
Taniah kepada perwakilan Mesyuarat Agong KESUKEP ke-24 tahun 2012 yang berjaya dilantik untuk menerajui Kelab untuk sesi 2012/2014. Mudah-mudahan perlantik mereka ini dapat memantapkan lagi KESUKEP serta dapat menambah dana kelab untuk kegunaan bersama ahli-ahli.

Utusan Malaysia - Persisiran Sungai Perak Dimajukan

Posted by kesukepperak In | 0 comments»
HAMIDAH Osman (tengah) melepaskan anak ikan ke sungai bersama Zainol Fadzi Paharuddin (kiri), Zainudin Yeop (dua dari kanan) dan Ibrahim Ahmad di Jalan Mahkamah Lama, Teluk Intan, semalam.


TELUK INTAN 14 Feb. - Kerajaan negeri akan memajukan kawasan persisiran Sungai Perak terutamanya di Riverfront Teluk Intan di sini sebagai pusat pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong pada Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pembangunan industri pelancongan di kawasan tersebut bukan sahaja akan menjana ekonomi masyarakat di kawasan itu, malah di Bagan Datoh dan Kampung Gajah.
“Kita merancang membina jeti tempat memancing ikan dan udang galah serta menyediakan bot sewa untuk pemancing termasuk untuk ke Pulau Sembilan dan Pulau Pangkor.
“Di samping itu tempat tersebut akan dijadikan sebagai pusat sukan air, rekreasi, taman permainan dan pusat makanan segera di samping mewujudkan pancutan air dari Menara Condong ke tepi Sungai Perak,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Sungai Perak di Riverfront Teluk Intan di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Ibrahim Ahmad dan Pegawai Daerah Hilir Perak, Zainudin Yeop serta Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Mohammed Zaki Harun.
Menurut Hamidah, pada masa sama, pihaknya mahu memastikan kebersihan kawasan pesisiran Sungai Perak sentiasa terjaga kerana ia amat penting bagi menarik pelancong domestik atau luar negara.
“Cadangan berhubung perkara tersebut telah dibentangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri tidak lama dahulu dan keputusan akan diketahui dalam masa terdekat. Keputusan JPS dalam hal ini amat penting bagi membawa keceriaan ke kawasan pesisiran Sungai Perak,” katanya.

Pasukan KIK

Posted by kesukepperak In | 0 comments»
Pasukan KIK Cawangan Perlindungan Sumber, Kuala Kurau, Jabatan Perikanan Negeri Perak

Pertandingan Memancing Ikan Sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan

Posted by DinBlues In , | 0 comments»

Hari Keluarga Jabatan Perikanan Negeri Perak

Posted by kesukepperak In | 0 comments»






Alhamdulillah.... segala yang dirancang telah terlaksana dengan jaya
Hari Keluarga Jabatan Perikanan Perak, anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Perikanan Perak telah diadakan pada 27/3/2011 bertempat di Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor yang dihadiri oleh seramai 70 buah keluarga seluruh perak. Semoga pada ahli-ahli kelab yang menyertai hari keluarga ini, tersimpan seribu kenangan yang terindah.....
Posted by kesukepperak In , | 0 comments»




Pertandingan memancing sempena karnival perikanan yang akan berlangsung pada 16 - 18 April 2011.

Mesyuarat Agong KESUKEP Ke 23

Posted by kesukepperak In | 0 comments»


MAKLUMAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN & AHLI KESUKEP JABATAN PERIKANAN NEGERI PERAK, MESYUARAT AGONG KESUKEP KE 23 & HARI KELUARGA AKAN DIADAKAN DI PUTERI BAYU BEACH RESORT, PULAU PANGKOR PADA 26-27 MAC 2011.
MARILAH KITA SAMA-SAMA MERAMAIKAN MAJLIS INI....

MAJLIS PERHIMPUNAN TAHUNAN JABATAN PERIKANAN NEGERI PERAK 2011

Posted by kesukepperak In | 0 comments»
Pengarah Perikanan perak memberi ucapan
Perhimpunan Kakitangan Jabatan Perikanan Perak

Buat julung-julung kalinya Majlis Perhimpunan tahunan Jabatan perikanan Negeri Perak telah diadakan di Dataran Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak. Majlis ini dianjurkan adalah untuk mendengar pesanan dan amanat terus dari Pengarah Perikanan Negeri Perak, yang Berusaha Tuan Haji Sani bin Mohd Isa.Majlis ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Cawangan, Pusat, Pangkalan, Daerah dan seluruh Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak.


Antara amanat yg disampaikan oleh Pengarah :
1.Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan
2.Bekerja dngan penuh tanggungjawab
3.Berusaha mengikis sikap mementing diri sendiri
4.Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan
5.Bekerja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
6.Bekerjasamadalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara
7.Berpegang teguh pada ajaran agama



Taniah dan Terima kasih kepada Semua kakitangan yang hadir dan menjayakan Majlis ini.

MAJLIS IBADAH QURBAN 1431 H / 2010 M

Posted by kesukepperak In | 0 comments»

kepada semua ahli kelab dan kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak...

Anda adalah dengan ini dijemput ke majlis qurban sempena hari raya Aidil Adha 1431 pada 18 nov 2010 jam 8.00 pg. Majlis akan berlangsung di Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak.

Posted by kesukepperak In | 0 comments»



Program Kecergasan & Kecemerlangan Jabatan Perikanan Malaysia telah diadakan pada 23 - 26 Julai 2010 bertempat di IPM Terengganu. Jabatan Perikanan Negeri Perak digabungkan bersama Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan Melaka menjadikan satu pasukan mewakili Zon Tengah.
Posted by kesukepperak In | 1 comments»
Pasukan KIK Bersatu, Cawangan Perlindungan Sumber, Kuala Kurau, Jabatan Perikanan Negeri Perak. Telah menyertai Konvensyen KIK Peringkat Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani di Putrajaya pada 7 Oktober 2010.

Komen Dari FB