//








Utusan Malaysia - Persisiran Sungai Perak Dimajukan

Posted by kesukepperak In | 0 comments»
HAMIDAH Osman (tengah) melepaskan anak ikan ke sungai bersama Zainol Fadzi Paharuddin (kiri), Zainudin Yeop (dua dari kanan) dan Ibrahim Ahmad di Jalan Mahkamah Lama, Teluk Intan, semalam.


TELUK INTAN 14 Feb. - Kerajaan negeri akan memajukan kawasan persisiran Sungai Perak terutamanya di Riverfront Teluk Intan di sini sebagai pusat pelancongan bagi menarik kedatangan pelancong pada Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pembangunan industri pelancongan di kawasan tersebut bukan sahaja akan menjana ekonomi masyarakat di kawasan itu, malah di Bagan Datoh dan Kampung Gajah.
“Kita merancang membina jeti tempat memancing ikan dan udang galah serta menyediakan bot sewa untuk pemancing termasuk untuk ke Pulau Sembilan dan Pulau Pangkor.
“Di samping itu tempat tersebut akan dijadikan sebagai pusat sukan air, rekreasi, taman permainan dan pusat makanan segera di samping mewujudkan pancutan air dari Menara Condong ke tepi Sungai Perak,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Sungai Perak di Riverfront Teluk Intan di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shaarani Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Ibrahim Ahmad dan Pegawai Daerah Hilir Perak, Zainudin Yeop serta Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Mohammed Zaki Harun.
Menurut Hamidah, pada masa sama, pihaknya mahu memastikan kebersihan kawasan pesisiran Sungai Perak sentiasa terjaga kerana ia amat penting bagi menarik pelancong domestik atau luar negara.
“Cadangan berhubung perkara tersebut telah dibentangkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri tidak lama dahulu dan keputusan akan diketahui dalam masa terdekat. Keputusan JPS dalam hal ini amat penting bagi membawa keceriaan ke kawasan pesisiran Sungai Perak,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Komen Dari FB